Polis tahan kapal bawa diesel RM160,000 tanpa permit

Polis tahan kapal bawa diesel RM160,000 tanpa permit

Turut ditahan empat kru kapal iaitu seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki Indonesia serta Myanmar.

Muatan diesel serta kapal dan peralatanya yang keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dirampas dan kes diserahkan kepada KPDN untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook)
SIBU:
Polis Marin Wilayah Lima menahan sebuah kapal kargo disyaki membawa muatan 40,000 liter minyak diesel bernilai kira-kira RM160,000 tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), petang semalam.

Ketua Polis Sibu, Zulkipli Suhaili, berkata kapal tersebut ditahan dalam Op Taring Pensura ketika ia sedang merapati sebuah pontun di Rantau Panjang, di sini.

“Turut ditahan empat kru kapal berkenaan iaitu seorang lelaki tempatan dan tiga lelaki dari Indonesia dan Myanmar berumur lingkungan 26 hingga 44 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, tangkapan dibuat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen sah dikeluarkan KPDN untuk membawa bahan bakar berkenaan.

Katanya, muatan diesel serta kapal dan peralatanya yang keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dirampas dan kes diserahkan kepada pihak KPDN Sibu untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.