23 ditahan, sindiket sewa rumah mewah jadi pusat panggilan

23 ditahan, sindiket sewa rumah mewah jadi pusat panggilan

Hasil siasatan mendapati sindiket itu beroperasi hampir sebulan lalu dengan menawarkan komisen tinggi kepada mangsa di luar negara melalui aplikasi media sosial.

Polis menyerbu kediaman mewah di Persiaran KLCC yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan dalam talian. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seramai 23 individu ditahan selepas polis menyerbu dua unit kediaman mewah di tengah ibu kota yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan dalam talian.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata 21 lelaki termasuk sembilan warga asing dan dua wanita asing berusia 18 hingga 52 tahun ditahan susulan serbuan ke atas dua unit sewa di Persiaran KLCC, Kuala Lumpur pada 12.15 tengah malam semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi hampir sebulan lalu dan menyasarkan mangsa di luar negara melalui aplikasi media sosial.

“Sindiket itu juga menggunakan profil peribadi palsu dan memperdaya mangsa dengan tawaran komisen tinggi,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan semua individu ditahan itu direman empat hari hingga 24 Sept ini untuk disiasat mengikut Seksyen 420 serta 511 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.