Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis kesan 3 individu

Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis kesan 3 individu

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata tiga individu itu masih gagal tampil untuk dirakam keterangan mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata kertas siasatan ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ itu akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara selepas siasatan selesai untuk tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Polis mengesan tiga individu gagal hadir untuk dirakam percakapan berhubung penglibatan mereka dalam ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ pada Sabtu lalu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid.

Allaudeen berkata, setakat ini seramai 16 daripada 28 individu yang dikenalpasti terbabit himpunan itu sudah hadir memberi keterangan untuk siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Katanya, beberapa individu lain lagi sudah dipanggil dan dijangka akan hadir untuk dirakam keterangan mereka dalam masa terdekat.

“Tiga orang lagi kita sedang usaha untuk kesan dan kita harap akan selesaikan (siasatan) kemudian hantar kertas siasatan minggu ini (kepada Peguam Negara), setakat ini (siasatan) berjalan lancar.

“Tiga orang ini kita berharap mereka tampil segera, jika gagal kita akan dedahkan nama mereka,” katanya menurut Harian Metro.

Himpunan Selamatkan Malaysia berlangsung pada 16 September lalu dengan peserta berkumpul di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru dan bergerak beramai-ramai ke Sogo, sebelum diakhiri dengan laporan polis oleh sekretariat.

Selain Ahli jawatankuasa sekretariat bersama Himpunan Selamatkan Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz, pemimpin lain menghadiri himpunan tersebut antaranya Badrul Hisham Shaharin, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali, Adun Taman Medan Dr Afif Bahardin dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir Helmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.