Tahap kesihatan kewangan rakyat baik, kata CTOS

Tahap kesihatan kewangan rakyat baik, kata CTOS

Laporan kredit pengguna CTOS di Malaysia menunjukkan peningkatan positif dalam purata skor sejak tiga tahun lalu, daripada 663 kepada 678 skor.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd Eric Chin berkata semakin tinggi skor bagi seseorang individu, semakin tinggi peluang mereka mendapatkan pinjaman.
SHAH ALAM:
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia kini dalam landasan baik, meskipun berdepan cabaran pasca pandemik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin.

Beliau berkata, laporan kredit pengguna CTOS di Malaysia menunjukkan peningkatan positif dalam purata skor sejak tiga tahun lalu, iaitu daripada 663 kepada 678 skor.

“Jadi, semakin tinggi skor bagi seseorang individu, semakin tinggi peluang untuk mereka mendapatkan pinjaman,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Kekal Impian Sdn Bhd dan CTOS Data Systems di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Bhd, Erick Hamburger menyasarkan agensi pelaporan kredit itu mampu mencapai 3.3 juta pengguna berdaftar menjelang akhir tahun ini.

Setakat ini, katanya, syarikat itu mempunyai kira-kira tiga juta pengguna aktif bagi menyemak skor dan kelayakan kredit serta pengurusan kewangan mereka.

Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai memandangkan tahap celik kewangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dan mereka lebih peka dengan transaksi kredit serta skor kewangan sendiri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.