Kemalangan maut 3 beranak, pemandu lori direman

Kemalangan maut 3 beranak, pemandu lori direman

Pemandu lori berusia 44 tahun itu direman empat hari mulai hari ini.

Keadaan MPV dinaiki lima sekeluarga yang dirempuh lori pasir di KM154 Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan empat Jalan Cheneh-Mak Lagam, Chukai semalam. (Gambar Facebook)
CHUKAI:
Pemandu lori terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak di KM154 Jalan Jerangau-Jabor, dekat persimpangan empat Jalan Cheneh-Mak Lagam, direman empat hari mulai hari ini.

Hakim Wan Suhaila Mohd mengeluarkan perintah reman berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori berusia 44 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini kira-kira 9 pagi dengan diiringi anggota polis.

Dalam kemalangan 2 petang semalam, Ammir Hussein Mohamad, 38, bersama dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein, 1, maut selepas kenderaan dinaiki mereka sekeluarga dirempuh lori pasir keluar dari arah kiri secara tiba-tiba.

Isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, parah serta dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.