Warga asing ditahan jadi Ah Long

Warga asing ditahan jadi Ah Long

Polis berkata suspek disyaki menjalankan kegiatan itu sejak tahun lepas dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.

Lelaki itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
GEORGE TOWN:
Polis menahan seorang warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini Rabu lepas.

IPD Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki 27 itu bekerja sebagai operator kilang di kawasan Bayan Lepas sejak 2014 menggunakan pas lawatan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menjalankan kegiatan along sejak tahun lepas dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.”

Katanya, lelaki itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengesan sama ada suspek turut melakukan ugutan jenayah, jika peminjam gagal membayar hutang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.