
Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata perintah reman itu dikeluarkan mahkamah terhadap lelaki terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Katanya, saringan ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine.
“Suspek direman sehingga 18 Sept ini, selain akan dituduh di mahkamah pada tarikh sama,” katanya menurut Sinar Harian.
Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan tindakan seorang lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Pahang membuat laporan disamun dua lelaki dan kerugian RM2,200 berjaya dihidu polis selepas mendapati laporan itu palsu.
Hasil soal siasat mendapati lelaki itu kehabisan gaji dan tidak mampu memberi duit belanja kepada isterinya.