3 ditahan, syabu lebih RM600,000 dirampas

3 ditahan, syabu lebih RM600,000 dirampas

Polis berkata, semua dadah dirampas itu dipercayai untuk pasaran luar negara yang boleh digunakan 101,930 penagih.

Tiga lelaki itu direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. (Gambar Facebook)
MELAKA:
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga lelaki dan rampasan syabu seberat 20,386g dianggarkan bernilai RM672,838 di Padang Temu, di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata dua daripada suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka kira-kira 1.30 tengah hari kerana dilihat mencurigakan.

Beliau berkata, dadah itu ditemui dalam sebuah kereta disewa suspek.

“Ketiga-tiga mereka direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut menyita pelbagai harta milik suspek, termasuk sebuah Perodua Bezza bernilai RM35,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu bergiat aktif sejak awal tahun ini dan semua dadah dirampas itu dipercayai untuk pasaran luar negara yang boleh digunakan 101,930 penagih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.