Peniaga ‘maki’ polis didenda RM90

Peniaga ‘maki’ polis didenda RM90

Sabindo Simon melakukan perbuatan itu terhadap Kenneth Oliver Samuel di sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Perdana, Sentul, 9 Sept lalu.

Sabindo Simon mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai kanan polis.
KUALA LUMPUR:
Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM90 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pegawai kanan polis, minggu lepas.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Sabindo Simon, 34, kerana melakukan perbuatan tidak sopan terhadap Kenneth Oliver Samuel di sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Perdana, Sentul, 9 Sept lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil Tahun 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara seminggu jika gagal membayar denda. Dia membayar denda berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Peguam Ernie Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), yang mewakili tertuduh memohon denda minimum atas alasan anak guamnya menyesal selain dia turut memohon maaf kepada pegawai polis tersebut atas perbuatannya.

“Anak guam saya masih bujang dan bekerja sendiri dengan pendapatan bulanan RM4,000 selain dia perlu menjaga ibunya di kampung,” kata peguam itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.