Kerusi Puteri Wangsa milik rakyat bukan parti, Muda jawab Amanah

Kerusi Puteri Wangsa milik rakyat bukan parti, Muda jawab Amanah

Amira Aisya Abd Aziz berkata beliau tidak akan mengosongkan kerusi dimenangi pada PRN Johor.

Amira Aisya Abd Aziz mengingatkan Aminolhuda Hassan berhubung kempen mereka membanteras rasuah.
PETALING JAYA:
Adun Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz menolak gesaan supaya beliau mengosongkan kerusi itu selepas Muda dikeluarkan daripada blok Pakatan Harapan (PH) dan menjadi pembangkang di Johor.

Timbalan presiden Muda berkata beliau tidak akan akur dengan tuntutan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan itu yang turut menggesanya menyertai Amanah jika enggan berbuat demikian.

“Kalau beri kata dua kena ingat prinsip kita bertanding, apa sahaja terjadi kepada kerusi bukan milik parti…Puteri Wangsa atau Muar itu milik rakyat, bukan Muda,” katanya kepada media di DUN Johor.

Selasa lalu, Aminolhuda menggesa Amira mengosongkan kerusi Puteri Wangsa atau menyertai Amanah selepas Muda keluar daripada kerajaan perpaduan di peringkat pusat.

Beliau berkata kerusi itu sebelum ini dimiliki Amanah sebelum diserahkan kepada Muda pada PRN Johor.

Sementara itu, Amira turut mengingatkan PH mengenai ikrar mereka sepanjang kempen pilihan raya tetapi berbeza pendapat sekarang, merujuk kepada keputusan melepaskan tanpa membebaskan Presiden Umno Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan kes Yayasan Akalbudi.

“Yang penting janji kepada rakyat…waktu pilihan raya kita kata nak lawan rasuah dan sebut kena hantar Zahid ke penjara.

“Tak bagus jika dah ceramah seperti itu kemudian kita belakangkan janji kepada rakyat,” katanya.

Ahad lalu, Muda bertindak keluar daripada menjadi sebahagian daripada komponen kerajaan perpaduan sebagai membantah keputusan membabitkan Zahid.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.