
Astro Awani melaporkan, perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor terhadap kedua-dua suspek yang juga penolong akauntan dan penolong pegawai teknologi maklumat di Mahkamah Majistret Perlis.
Kedua-dua suspek berusia 44 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis petang semalam ketika hadir memberi keterangan.
Mereka dipercayai menyalahgunakan kuasa sebagai pelulus dalam Sistem Perakaunan Akaun Kerajaan Negeri (iSPEKS) bagi melakukan transaksi berkenaan ke akaun bank milik ibu mentua dan rakan mereka pada 2018 serta 2019.
Wang itu sepatutnya dibayar kepada syarikat pembekal dilantik jabatan bawah kerajaan negeri namun dipercayai diseleweng menerusi 51 transaksi ke akaun ibu mentua suspek pertama.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.