Polis tangguh soal siasat, suspek mabuk ketika ditahan

Polis tangguh soal siasat, suspek mabuk ketika ditahan

Polis berkata, dua suspek yang tidak bekerja itu minum arak di lokasi kejadian setiap malam.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata dua lelaki itu direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki di Danau Kota, Setapak.
PETALING JAYA:
Polis akan menyoal siasat dua lelaki direman bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki di Danau Kota, Setapak hari ini memandangkan mereka dalam keadaan mabuk ketika ditahan semalam.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata dua lelaki itu direman seminggu mulai hari ini.

“Kedua-dua suspek tidak bekerja. Mereka setiap malam minum arak di lokasi kejadian,” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, dua lelaki itu dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di Danau Kota selepas polis menerima laporan daripada wanita, yang juga adik mangsa, pada 1.48 pagi.

Mangsa berusia 59 tahun itu meninggal dunia dalam lori di parkir sekitar Danau Kota dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di telinga, bengkak di kepala dan pipi, luka di mata, lebam di bahu dan tulang dada serta terdapat kesan darah dalam mulut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.