
Calon PH Nazri Abdul Rahman memperoleh 13,844 undi, menewaskan pencabar daripada Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya (10,330) dan calon bebas, S Jeganathan (311).
Nazri adalah timbalan ketua Amanah Bakri.
Keputusan itu menunjukkan PH memperoleh majoriti lebih besar berbanding PRN Johor pada 2022.
Pada PRN Johor tahun lalu penyandang Salahuddin Ayub menang dengan majoriti 2,399 undi.
PRK itu diadakan susulan kematian Salahuddin, yang juga timbalan presiden Amanah dan Ahli Parlimen Pulai pada 23 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK Simpang Jeram ialah 60.85%.