Wanita cedera kereta ditimpa pokok ketika balik undi

Wanita cedera kereta ditimpa pokok ketika balik undi

Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut. (Gambar Facebook)
JOHOR BAHRU:
Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini selepas balik daripada mengundi pada PRK Parlimen Pulai.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya.

Beliau berkata insiden dipercayai berlaku semasa Tan dalam perjalanan pulang selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin di sini.

“Mangsa dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua gergaji rantai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Shah Rizal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.02 petang sebelum sebuah kenderaan EMRS dan kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 10 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.