PH pertahan Pulai, majoriti 18,641 undi

PH pertahan Pulai, majoriti 18,641 undi

Keputusan rasmi Suhaizan Kayat memperoleh 48,283 undi manakala lawannya Zulkifli Jaafar dari PN (29,642 undi) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Suhaizan Kayat menewaskan Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas). (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Pakatan Harapan mengekalkan kerusi Parlimen Pulai selepas memenangi PRK kawasan itu.

Menurut keputusan rasmi, calon PH Suhaizan Kayat memenanginya dengan majoriti 18,641 undi pada pengundian hari ini.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi manakala lawannya Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (29,642 undi) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan jumlah peratusan mengundi PRK itu adalah sebanyak 47.33% daripada 165,509 pengundi berdaftar.

Kemenangan itu menyaksikan gabungan kerajaan perpaduan mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Salahuddin Ayub, yang juga timbalan presiden Amanah.

Pada PRU15, Salahuddin menang kerusi itu dengan majoriti 33,174 undi.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.