
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang isu pelanggaran garis panduan pembabitan murid dalam media sosial.
“Sekiranya garis panduan itu tidak dipatuhi dan ada aduan, tindakan boleh diambil,” katanya selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan di Shah Alam.
Sebelum ini, ibu bapa dilaporkan bimbang dan menyelar tindakan segelintir guru menggunakan murid sebagai kandungan yang dimuat naik ke akaun laman sosial mereka demi mengejar populariti serta mendapat habuan peribadi.
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) turut dilaporkan menerima sekurang-kurangnya satu aduan sehari daripada ibu bapa mengenai anak mereka dijadikan kandungan peribadi media sosial guru.