
“Nisbah ketika ini adalah 0.7 penderma kepada sejuta populasi, namun pelbagai usaha diambil untuk menggalakkan lebih ramai berikrar sebagai penderma organ,” katanya sambil menambah ketika ini terdapat 370,130 pengikrar derma organ, dengan 22,268 daripadanya didaftarkan tahun ini.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, Zaliha berkata, kadar pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia antara 10 negara terendah di dunia.
“Terdapat jurang perbezaan ketara antara jumlah pesakit dalam senarai menunggu transplantasi, iaitu 10,747 orang berbanding jumlah penderma organ selepas kematian, iaitu 845 orang.”
Beliau berkata, pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ, termasuk melalui penyampaian khutbah di masjid memandangkan masih ada umat Islam tidak selesa dengan pendermaan organ.