
Suhaizan dalam ceramah malam tadi, berkata kawasan itu merangkumi Kempas dan Permatang, sambil menyifatkannya sebagai “sesuatu yang luar biasa”.
Katanya, beliau juga menerima sokongan daripada komponen BN seperti MIC dan MCA.
“MIC bukan sahaja mengumpulkan jenteranya malah pergi dari rumah ke rumah dalam masyarakat India, ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, ketidakhadiran pemimpin Perikatan Nasional (PN) seperti Sanusi Nor, Noh Omar, dan Azmin Ali membolehkan PH-BN meraih momentum dalam kempen PRK.
Suhaizan berdepan Zulkifli Jaafar dari PN dan calon bebas, Samsudin Fauzi, dalam saingan di Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, pada Sabtu.