Fikir semula sokong BN, Afif beritahu masyarakat Cina

Fikir semula sokong BN, Afif beritahu masyarakat Cina

Dr Afif Bahardin mendakwa keputusan melepaskan Zahid Hamidi bukti gerakan 'Reformasi' sudah mati.

Adun Taman Medan Dr Afif Bahardin, berkata orang Melayu sudah menolak perasuah dan mempersoalkan sama ada bukan Melayu ingin membiarkan rejim rasuah memerintah negara. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Masyarakat Cina di Johor perlu memikirkan semua sokongan terhadap Barisan Nasional susulan keputusan keputusan perbicaraan kes rasuah Presiden Umno Zahid Hamidi, kata seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah semalam melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

“Saya mahu beritahu kepada bukan Melayu: Orang Melayu menolak rasuah. Kepada bukan Melayu, adakah anda ingin membiarkan negara ini diperintah rejim rasuah,” kata Adun Taman Medan Dr Afif Bahardin pada ceramah PRN Pulai di Kempas, Johor Bahru, malam tadi.

Beliau juga mempersoalkan sama ada masyarakat Cina mahu melihat masa depan anak-anak mereka musnah.

“Adakah ini kerajaan yang orang Cina mahu,” katanya.

Beliau yang juga bekas ahli PKR yang menyertai Bersatu, mendakwa keputusan Zahid dilepas menjadi bukti gerakan “Reformasi” dimulakan Anwar Ibrahim sudah mati.

“Reformasi sudah mati!. Ia mati bersama Pakatan Harapan dan Umno. Lebih tepat, ia mati bersama Anwar dan Zahid,” katanya.

Beliau berkata, tiada guna bagi Anwar Ibrahim bercakap menentang rasuah.

Katanya, permohonan pihak pendakwaan untuk melepaskan Zahid selepas timbalan perdana menteri itu dipanggil membela diri disifatkan “tidak masuk akal”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.