
Tertuduh, Zainal Che Omar, 62, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmod, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, Zainal didakwa mencabul seorang wanita berusia 31 tahun ketika mangsa mendapatkan rawatan dengannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sebuah kuarters kerajaan di Kuala Nerus pada 8 malam, 26 Jun lalu.
Zainal didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.