Bekas timbalan MB, Amar dilantik Speaker DUN Kelantan

Bekas timbalan MB, Amar dilantik Speaker DUN Kelantan

Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Adun Panchor mengangkat sumpah di DUN Kelantan hari ini.

Bekas timbalan menteri besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, dilantik Speaker DUN Kelantan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas timbalan menteri besar, Mohd Amar Nik Abdullah, dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Menurut Sinar Harian, Adun Panchor itu mengangkat sumpah taat setia sebagai Speaker pada Majlis Mengangkat Sumpah Adun Kelantan di Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Sementara itu, Adun Kok Lanas, Mohamed Farid Mohamed Zawawi pula dilantik sebagai timbalan Speaker.

Pada PRN Kelantan 12 Ogos, Amar berjaya mempertahankan Panchor dengan majoriti 10,686 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang meraih 8,014 undi.

Amar, yang juga naib presiden PAS beberapa hari sebelum pengundian mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan berkata, isu air Kelantan terutama di kampung bukan masalah besar.

Beliau berkata, ini kerana penduduknya mempunyai pilihan dengan boleh membina air telaga tiub atau perigi.

Selepas PRN berakhir, Adun Meranti Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan ke-20, pada 15 Ogos menggantikan Ahmad Yaakob.

Sementara itu, Adun Temangan Mohamed Fadzli Hassan dilantik sebagai timbalan menteri besar.

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, Ahmad meminta berundur daripada jawatan menteri besar sekiranya PAS kekal memerintah kerana “keuzuran”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.