
Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin, berkata 34 individu ditahan dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148, 324 dan 427 Kanun Keseksaan sehingga kini.
Katanya, tangkapan terakhir pada 28 Ogos lalu membabitkan tiga lelaki yang sudah diberi jaminan polis.
“Kes masih dalam siasatan polis dan orang ramai dinasihati tidak menularkan rakaman video insiden bagi mengelak sebarang spekulasi,” katanya menurut Harian Metro di IPK Pulau Pinang di George Town.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 011 19078888 bagi membantu siasatan.
Pergaduhan berlaku di sebuah stesen minyak di George Town pada 11.20 malam 22 Ogos lalu, berpunca daripada provokasi antara penyokong selepas perlawanan bola sepak Liga Super antara Pulau Pinang dan Kedah di Stadium Bandaraya.