Didakwa dera amah, polis buka kertas siasatan terhadap bekas ahli politik

Didakwa dera amah, polis buka kertas siasatan terhadap bekas ahli politik

Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan telah dirujuk ke kamar timbalan pendakwa raya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan berkait kes seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 54 tahun mendakwa didera majikannya yang juga bekas ahli politik.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke kamar timbalan pendakwa raya dan terdapat beberapa arahan yang perlu diambil tindakan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk mendapatkan pertuduhan keatas suspek,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan, amah tersebut dalam laporan polisnya mendakwa majikannya menyuruhnya menanggalkan pakaian sebelum mencurah air panas ke badannya sebagai hukuman kerana membiarkan pintu pagar terbuka.

Dia juga mendakwa tidak dibayar gaji selama empat tahun bekerja, selain didera secara lisan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.