
Lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa menyertai pelaburan berkenaan menerusi pautan aplikasi WeChat pada Rabu lepas, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.
“Pelaburan itu hanya memerlukan mangsa untuk membeli ‘point’ (mata) bagi mendapatkan keuntungan, menyebabkan dia tertarik dan terus menyertainya kerana dijanjikan pulangan lumayan.
“Mangsa akhirnya membuat tujuh transaksi pembayaran melalui pemindahan wang simpanan secara dalam talian ke empat akaun diberikan suspek,” katanya, lapor Bernama
Mangsa hanya sedar ditipu selepas tidak menerima keuntungan walaupun melabur dalam jumlah besar, lalu membuat laporan di IPD Cameron Highlands semalam.
Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan secara mudah, selain membuat semakan nombor akaun yang diterima menerusi pautan media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.