
Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata beliau sudah menerima laporan itu daripada Peguam Negara, Dusuki Mokhtar yang mengetuai jawatankuasa berkenaan.
“Saya dah terima (laporan jawatankuasa khas). Saya pun dah panjangkan laporan itu ke JPA dan kita akan adakan mesyuarat ‘disciplinary board’ (lembaga disiplin) dalam masa terdekat,” katanya menurut Harian Metro selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bubur Lambuk serta Penyerahan Light-Off Road Vehicle kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya.
Beliau berkata, isu itu juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.
Siasatan itu menyusul laporan Bloomberg mendakwa Azam memegang 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dan masih disenaraikan pemegang saham dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Azam dalam sidang media baru-baru ini berkata, pegangan saham bernilai RM800,000 itu sudah diisytiharkan sepenuhnya dan dilupuskan tahun lalu.