
Zahid percaya rakyat Johor lebih matang dalam menangani kenyataan yang dikaitkan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin itu, semasa ceramah di Dataran Utama, Kempas, Johor Bahru, semalam.
“Saya nak tanya orang itu ayat al-Quran dari mana, hadis mana, qiyas mana dan ijma ulamak dari mana? Ketika beliau menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dahulu, semuanya halal, namun apabila tidak sealiran dengan dia, maka keluarlah ‘fatwa’ berbagai-bagai,” katanya lapor Bernama.
Menurut agensi berita itu, Muhyiddin semasa ceramah berkenaan dikatakan telah mengatakan bahawa adalah haram memberikan undi kepada Suhaizan, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
PRK Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dijalankan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept.