Dihempap lantai konkrit, warga emas maut

Dihempap lantai konkrit, warga emas maut

Anggota bomba menemukan mayat Hariyanto Ishak, 73, di bawah timbunan lantai konkrit yang runtuh di Bukit Kapar, Klang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas maut akibat dihempap lantai simen konkrit di sebuah rumah di Bukit Kapar, Klang, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Hariyanto Ishak, 73, yang bertaraf penduduk tetap, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, lapor Sinar Harian.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Kapar bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7.30 malam.

“Mangsa yang berasal dari Indonesia didapati di bawah timbunan lantai konkrit yang telah runtuh,” katanya.

Tambahnya, anggota bertugas berjaya membawa mangsa, yang dalam keadaan tidak sedarkan diri, keluar dari bawah runtuhan.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian, dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan,” kata Ahmad Mukhlis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.