Bekas Adun Bukit Pasir sertai Amanah

Bekas Adun Bukit Pasir sertai Amanah

Najib Lep sebelum ini diumumkan menjadi ahli Umno selepas digugur keahlian PAS kerana bertanding bebas di PRN Johor, tahun lalu.

April lalu, Umno Pagoh dilaporkan menerima penyertaan Najib Lep dan menjadi ahli di cawangan Selancar. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Adun Bukit Pasir Najib Lep menyerahkan borang keahlian menyertai Amanah malam tadi.

Najib menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu selepas Ahli Parlimen Kota Raja itu selesai berucap di ceramah kempen PRK Simpang Jeram.

“Itu hak mereka memilih, (Najib) memilih Amanah dan kita harapkan beliau dapat memberi sumbangan buah fikiran bagi gerak kerja pilihan raya ini (PRK),” kata Mohamad kepada pemberita, sejurus selepas selesai ceramah kempen tersebut.

Mohamad berkata, Pakatan Harapan (PH) juga akan mengumumkan penyertaan lebih ramai individu ke dalam gabungan itu, dalam ceramah kempen PRK di Parlimen Pulai, esok.

Pada Februari tahun lalu, keahlian Najib dalam PAS dilapor terbatal secara automatik apabila beliau bertanding sebagai calon bebas di kerusi Bukit Pasir pada PRN Johor selepas tidak dicalonkan parti tersebut.

Beliau bagaimanapun tewas dan kerusi itu dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang turut menewaskan calon PAS, serta tiga calon lain.

Pada April dilaporkan Umno Pagoh menerima penyertaan Najib ke dalam parti itu dan beliau merupakan ahli di cawangan Selancar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.