
Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata penahanan wanita itu dibuat susulan laporan ibu mangsa yang berusia 28 tahun pada 3.50 petang, 25 Ogos lalu.
Katanya, polis mengesan rakaman sebuah video tular berdurasi 44 saat menerusi akaun Facebook Mynewshub, yang memaparkan seorang individu mengasari kanak-kanak.
“Wanita tempatan berumur 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini pada 2.15 petang Selasa lepas,” katanya menurut Bernama.
Katanya, hasil semakan mendapati wanita terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah.
“Wanita terbabit direman selama enam hari bermula 30 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.