
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata pasukan ditubuhkan sempena PRK itu akan memantau kempen secara dekat dan mengenal pasti kumpulan cuba membangkitkan isu berkenaan.
Menurutnya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya isu berkenaan (3R) cuba dibangkitkan oleh mana-mana parti politik.
“Dalam pemantauan berkenaan, polis turut menubuhkan pasukan untuk kawal dari segi (aplikasi) TikTok dan sebagainya untuk mengesan kesalahan tersebut,” katanya menurut Sinar Harian.
Presiden PAS Abd Hadi Awang menjadi pemimpin parti politik pertama disiasat atas dakwaan kesalahan 3R pada PRK Johor, Ahli Parlimen Marang itu menyentuh isu berkenaan dalam ceramahnya pada Sabtu lalu.
Kamarul dipetik berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Siasatan dipercayai susulan tindakan Hadi menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.