Bekas Ahli Parlimen Jasin Said Yusof meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen Jasin Said Yusof meninggal dunia

Mohd Said Yusof meninggal dunia di Hospital Melaka malam tadi.

Allahyarham Mohd Said Yusof dipilih sebagai Ahli Parlimen Jasin pada PRU 2004 selepas menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 21,334 undi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof meninggal dunia di Hospital Melaka malam tadi.

Berita itu dimaklumkan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh di Facebook.

“Salam takziah buat ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Mohd Said Haji Yusof malam tadi,” katanya.

Allahyarham dipilih sebagai Ahli Parlimen Jasin pada PRU 2004 selepas menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 21,334 undi.

Said pernah dilantik pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, yang kini dikenali Institut Tun Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.