
Ia susulan seorang anggota polis bantuan berusia 56 tahun membuat laporan mendakwa melihat haiwan liar itu 5.30 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menerima panggilan dari Balai Polis Gohtong Jaya berhubung kejadian itu pada 8.14 pagi.
“Kakitangan kami kemudian tiba di lokasi dan melakukan pemeriksaan awal.
“Siasatan mendapati kesan kehadiran harimau tidak dapat dikenal pasti kerana faktor muka bumi yang padat dan daun pokok tebal daripada jenis akasia,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, kamera perangkap dipasang pihaknya bertujuan mengesahkan kehadiran haiwan liar itu.
Sementara itu, Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Perhilitan Hulu Selangor untuk membantu usaha mengesan harimau belang tersebut.
“Orang ramai diingatkan berhati-hati semasa melakukan sebarang aktiviti di kawasan itu.
“Sekiranya mempunyai maklumat penemuan harimau belang itu, sila hubungi IPD Hulu Selangor di talian 03 60641222,” katanya.