Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma mulai esok

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma mulai esok

Kempen itu merupakan tanggungjawab korporat Puspakom dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung keselamatan kenderaan, di samping menggalakkan pemeriksaan kenderaan secara berkala.

Puspakom menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma di seluruh negara, kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang, dari 8 pagi hingga 5 petang mulai esok hingga 1 Sept ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Puspakom melancarkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena cuti sekolah bermula 26 Ogos hingga 1 Sept ini dalam usaha menggalakkan keselamatan di jalan raya.

Katanya, kempen “Free VVI” (Voluntary Vehicle Inspection) ditawarkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian, yang tertumpu kepada pemeriksaan bahagian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap.

Pemilik kenderaan boleh “walk-in” ke mana-mana cawangan Puspakom di seluruh negara (kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang) dari 8 pagi hingga 5 petang dalam tempoh seminggu untuk pemeriksaan percuma itu.

Penduduk di sekitar Ampang juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma melalui Unit Bergerak Puspakom di Lotus Ampang dari 9 pagi hingga 4 petang esok.

“Ia khususnya bagi mereka yang merancang perjalanan jauh seperti balik kampung atau pergi bercuti,” katanya dalam kenyataan.

Puspakom berkata, kempen itu merupakan tanggungjawab korporatnya dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung keselamatan kenderaan, di samping menggalakkan pemeriksaan kenderaan secara berkala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.