
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata, satu laporan diterima pada 22 Ogos lepas.
“Siasatan berhubung laporan itu dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur hari ini, menurut Sinar Harian
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat andaian berhubung kes itu, sebalik perlu memeriksa sebelum menjadikannya tular.
Rabu lepas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dilapor melakukan siasatan lanjut berhubung isu itu bagi memastikan amalan berkenaan tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa.
Dalam kes berasingan, Allaudeen berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengambil tindakan menutup premis terbabit dalam kes tarian gelek separuh bogel di Bukit Bintang.
Klip video memaparkan beberapa wanita menari dengan pakaian mencolok mata di Bukit Bintang tular di Facebook baru-baru ini.