Wanita bawa pisau di festival Rain Rave dirujuk Hospital Bahagia

Wanita bawa pisau di festival Rain Rave dirujuk Hospital Bahagia

Suspek diarah hakim untuk jalani pemeriksaan mental, selepas didakwa di Mahkamah Sesyen pagi tadi.

Tangkap layar video tular menunjukkan orang awam menahan suspek wanita yang mengeluarkan pisau ketika festival muzik itu pada malam Sabtu lalu.
PETALING JAYA:
Seorang wanita yang ditahan kerana membawa pisau ketika menghadiri Rain Rave Water Music Festival di Bukit Bintang, Kuala Lumpur diarah dirujuk ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta bagi pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata, tertuduh Shannon Anne-Ooi, 27, didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam.

“Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia bagi pemeriksaan lanjut selepas disyaki mempunyai masalah mental.

“Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun ini,” katanya.

Terdahulu, tular satu video orang awam menahan seorang wanita yang mengeluarkan pisau ketika festival muzik itu pada malam Sabtu lalu.

Wanita tersebut kemudian ditahan polis sebelum direman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.