
Kerusi Pelangai kosong selepas penyandang Johari Harun, 53, maut dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.
“Kita berazam menangkan calon kita di Pulai, Simpang Jeram, Pelangai dan paling penting calon BN di Pelangai,” kata Zahid dalam ucapanya di acara bersama Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), petang tadi.
Pada PRU15, BN menang di Pelangai apabila meraih 7,308 undi, dan menewaskan calon Perikatan Nasional (3,260 undi), Pakatan Harapan (2,031 undi), dan Pejuang (65 undi) dengan majoriti 4,048 undi.
Selepas acara, Zahid ketika ditanya pemberita adakah penyertaan BN diputuskan dalam majlis kerajaan perpaduan mengingatkan bahawa kerusi Pelangai milik parti penyandang.
“Kita penyandang. Saya telah mengadakan perbincangan dengan menteri besar Pahang dan tentunya kita juga mengharapkan semua parti komponen bawah kerajaan perpaduan untuk bersama-sama,” katanya pada sidang media.
Sementara itu, Zahid memaklumkan bahawa beliau akan mengunjungi 191 bahagian Umno seluruh negara untuk bertemu akar umbi parti, bermula di Johor bersempena PRN Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.