Wanita maut kereta terbabas tertusuk besi

Wanita maut kereta terbabas tertusuk besi

Lima lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak turut cedera.

Kereta dinaiki mangsa bersama lima lagi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan tertusuk besi penghadang jalan. (Gambar JBPM Batu Niah)
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut, manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan tertusuk besi penghadang jalan, dalam kejadian di Jalan Pan-Borneo, Miri.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Diana Tinsie Douglas, 20.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie, berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang semalam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan untuk membantu mangsa.

“Kita membantu mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh polis yang turut berada di lokasi.

“Lima lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak turut mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk diberikan rawatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.