Anwar dibenar keluar hospital pagi ini

Anwar dibenar keluar hospital pagi ini

Perdana menteri dilihat meninggalkan pekarangan Hospital Kuala Lumpur pada 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar hospital selepas menjalani pembedahan gigi semalam. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim  dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.

Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada 9.39 pagi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL, dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga esok pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.