6 kilang terbakar di Sungai Buloh

6 kilang terbakar di Sungai Buloh

Bomba Selangor berkata setakat ini tiada mangsa terlibat.

Asap menjulang tinggi dalam kejadian kebakaran di Sungai Buloh.
PETALING JAYA:
Kebakaran besar berlaku membabitkan enam kilang pembuatan peralatan perabot di Kampung Baru, Sungai Buloh, hari ini.

Bomba Selangor berkata, setakat ini tiada mangsa terlibat dengan usaha pemadaman giat berjalan.

Dalam kenyataan, bomba berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.50 petang dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian. Anggota bomba dari empat balai digerakkan bagi operasi pemadaman.

Awal hari ini, sedutan video memaparkan kepulan asap besar menjulang tinggi dengan kejadian kebakaran dikongsi dalam media sosial.

Pengguna Twitter, @mustakim_ismail menulis: “Kebakaran kilang dekat ‘area’ (kawasan) Sungai Buloh. ‘Footage’ (sedutan) diambil dari Subang Bestari, besar betul apinya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.