Pusat hiburan diserbu, 15 polis; 2 timbalan pendakwa ditahan

Pusat hiburan diserbu, 15 polis; 2 timbalan pendakwa ditahan

Ujian air kencing mendapati 16 daripada 17 suspek di bawah pengaruh dadah.

Tangkapan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam serbuan jam 2.30 pagi.
PETALING JAYA:
Polis menahan 15 anggota polis bersama dua timbalan pendakwa raya (TPR) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad, Seremban hari ini.

Menurut Berita Harian, TPR itu bertugas di Selangor dan Negeri Sembilan manakala anggota polis pula dari siasatan jenayah Nilai dan Tampin, penguatkuasaan trafik Seremban dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Hasil ujian air kencing mendapati seorang daripadanya negatif dadah manakala selebihnya di bawah pengaruh dadah dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira 2.30 pagi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan serbuan dilakukan JIPS Bukit Aman dengan kerjasama IPK negeri.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.