Henti tonton Upin & Ipin, gabenor Bali nasihat pelajar

Henti tonton Upin & Ipin, gabenor Bali nasihat pelajar

Wayan Koster menggesa pelajar mengutamakan filem dan kartun tempatan berbanding rancangan Malaysia itu.

Upin & Ipin adalah siri animasi dengan unsur pendidikan dan budaya, yang meraih populariti di Malaysia dan negara Asia Tenggara. (Gambar Facebook Les Copaque)
JAKARTA:
Gabenor Bali, Wayan Koster menggesa pelajar mengutamakan filem dan kartun tempatan berbanding rancangan Malaysia, Upin & Ipin, lapor media tempatan.

“Orang muda biasanya suka menonton animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi…Lebih baik sokong filem yang memfokuskan tradisi dan budaya kita,” katanya ketika berucap pada majlis anugerah pertandingan esei filem di Dewan Perundangan Wilayah Bali baru-baru ini.

Upin & Ipin adalah siri animasi dengan unsur pendidikan dan budaya, yang meraih populariti di Malaysia dan negara Asia Tenggara.

Wayan turut menekankan kepentingan memelihara budaya Bali selaras kemajuan teknologi dan pemodenan.

Bali mempunyai penduduk yang pelbagai dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.