
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata biro di bawah kementerian itu diarah untuk menjalankan siasatan segera dan terperinci sebelum hasil siasatan diumumkan secepat mungkin.
“Segala hasil siasatan akan diumum secara telus…kita tidak akan sembunyi apa-apa fakta. Segala fakta diperoleh nanti akan diumum pada orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Pembiayaan antara Yinson, RRJ dan Farosson.
Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu maut.
Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi mangsa masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang lalu di tempat kejadian.