Nahas treler tembikai, simen; 2 pemandu maut

Nahas treler tembikai, simen; 2 pemandu maut

Kemalangan turut membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Dua treler terbabit kemalangan menyebabkan dua maut dalam kemalangan di Kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara. (Gambar JBPM)
IPOH:
Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang tadi.

Pengarah Bomba Perak Sayani Saidon berkata kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda itu juga, menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

“Kemalangan tiga kenderaan itu menyebabkan pemandu treler muatan tembikai, seorang lelaki tersepit dan maut di tempat kejadian.

“Pemandu treler muatan simen juga seorang lelaki turut disahkan maut,” katanya dalam kenyataan.

Sayani berkata pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger iaitu seorang wanita, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tapah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.