Letupan depan sekolah disyaki bahan buatan sendiri

Letupan depan sekolah disyaki bahan buatan sendiri

Pengawal keselamatan memaklumkan mendengar bunyi letupan kuat di hadapan luar pagar sekolah di Padang Besar sekitar 4 pagi tadi.

Polis berkata siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai buatan sendiri menggunakan paip besi.
KANGAR:
Letupan kuat di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Padang Besar, awal pagi ini, disyaki berpunca daripada penggunaan bahan letupan buatan sendiri menggunakan paip besi, demikian siasatan awal polis di lokasi kejadian.

Ketua Polis Padang Besar, Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 7.30 pagi daripada pengawal keselamatan sekolah berhubung insiden itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pengawal keselamatan itu memaklumkan mendengar satu bunyi letupan kuat di hadapan luar pagar sekolah pada sekitar 4 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Susulan laporan tersebut, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar bersama pasukan forensik IPK Perlis bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati bahan letupan tersebut dipercayai buatan sendiri menggunakan paip besi,” katanya.

Shokri menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.