Tiada petunjuk baharu kes bom kereta Siti Kasim

Tiada petunjuk baharu kes bom kereta Siti Kasim

Semakan CCTV tidak menunjukkan kenderaan Siti Kasim didekati mana-mana individu boleh disyaki.

Bom jenis IED ditemui di tayar kereta milik Siti Kasim. Peguam itu menyedari objek terbabit ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta di Jalan Maarof.
PETALING JAYA:
Siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta milik aktivis Siti Kassim tidak didekati mana-mana individu yang boleh disyaki memasang bahan letupan dalam kejadian bulan lalu.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya juga tidak menemui petunjuk baharu susulan tiada penemuan cap jari daripada individu disyaki pada kenderaan tersebut.

“Kes ini sama sekali tidak pernah ditutup, cumanya kita belum temui sebarang petunjuk baharu.

“Mana-mana individu mempunyai maklumat, sila tampil dan salurkan kepada polis,” katanya selepas majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas jawatan ketua polis Kuala Lumpur menurut Sinar Harian.

Shuhaily yang dilantik pengarah jabatan siasatan jenayah digantikan oleh Allaudeen Abdul Majid.

Pada 21 Julai lalu, bom jenis Improvised Explosive Device (IED) dikesan dipasang pada tayar belakang kereta Siti Kasim yang disedari ketika peguam berkenaan menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta di Bangsar.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata penemuan bom buatan sendiri itu “umpama cubaan bunuh”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.