
“Saya akui sendiri terkhilaf kerana tidak mahukan PRN diadakan bersama dengan PRU.
“Ternyata, melaksanakan kedua-duanya bersekali mampu menghasilkan momentum yang perlu bagi meraih peratus keluar mengundi yang maksimum,” kata bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Instagram.
PRN Sabtu lalu mengekalkan status quo di enam negeri dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menang di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri sembilan, manakala PN mengukuhkan kedudukan di tiga negeri selepas menyapu bersih semua kerusi DUN Terengganu, dengan Kedah dan Kelantan hanya hilang dua kerusi masing-masing.
Izzah berkata, hakikatnya PAS berjaya “menusuk kalbu” anak muda.
Jumlah peratusan mengundi di Kelantan terendah iaitu 60.96%, diikuti Negeri Sembilan (63.35%), Selangor (72%), Pulau Pinang (72.67%), Kedah (73.86%) dan Terengganu (74.79%).