PH terus terajui Selangor susulan menang majoriti mudah

PH terus terajui Selangor susulan menang majoriti mudah

Gabungan itu menang 29 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN semalam, menurut SPR.

Pada PRN di Selangor kali ini, PH berjaya memperoleh majoriti melebihi 50% daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan, menurut SPR
PUTRAJAYA:
Pakatan Harapan (PH) memperoleh majoriti mudah pada PRN kali ini untuk terus menerajui Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh pada sidang media memaklumkan PH memenangi 29 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN di Selangor setakat 11.31 malam.

“Dengan ini, ia berjaya memperoleh majoriti melebihi 50% daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 65% setakat 4 petang pada Sabtu.

Susulan PRU14 pada 2018, PH membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 51 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.