
Setakat 2 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan pengundi di Selangor sekitar 50%.
Mengambil angka sehingga jam 12 tengah hari, Amirudin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata peratusan pengundi di negeri itu setakat ini menurun berbanding PRU15 untuk memilih Ahli Parlimen.
“Sehingga jam 12 tengah hari, SPR mengumumkan 36% rakyat Selangor telah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam PRN, ini berkurangan sekitar 6% berbanding 2022 (PRU15).
“Justeru saya seru kepada semua rakyat Selangor yang mungkin baru selesai bekerja setengah hari atau belum menunaikan tanggungjawab…anda masih ada masa beberapa jam lagi,” katanya di Facebook.
Pusat pengundian dibuka 8 pagi hingga 6 petang.
Mengikut daftar pemilih SPR, seramai 3,747,057 pengundi di Selangor layak untuk memilih wakil rakyat di 56 DUN.