Kempen PRN selesai, kembali bersilaturahim, seru PM

Kempen PRN selesai, kembali bersilaturahim, seru PM

Anwar Ibrahim berkata hari ini akan diketahui kepimpinan kerajaan negeri dengan pentadbiran pusat berjalan seperti biasa.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu rakyat kembali bersilaturahim selepas tamat kempen PRN enam negeri semalam. (Gambar PMO)
PETALING JAYA:
Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia kembali bersilaturahim berikutan kempen PRN telah selesai pada Sabtu.

Perdana menteri berkata, keputusan PRN enam negeri di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Kelantan yang akan diketahui hari ini hanya menentukan kepimpinan kerajaan negeri, sebaliknya pentadbiran kerajaan persekutuan akan berjalan seperti biasa.

“Daripada pemantauan kita, setakat ini keenam-enam negeri keadaan baik, suasana tenang.

“Kempen telah selesai jadi kembali bersilaturahim,” katanya menurut Sinar Harian selepas ditemui di luar pusat mengundi SK Seri Penanti di Permatang Pauh.

Beliau dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat mengundi berkenaan pada 9.33 pagi dan dilihat selesai mengundi 9.40 pagi.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru kepada pengundi agar keluar melaksanakan tanggungjawab mereka di enam negeri yang terlibat PRN.

“Saya minta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Keluar awal dan jangan tangguh tanggungjawab untuk mengundi lebih awal,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.