
Keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.
Setakat ini, Kedah merekodkan 41%, Terengganu (42%), Pulau Pinang (38%), Selangor (36%), Negeri Sembilan (35%), dan Kelantan (34%). Dalam pada itu PRK Kuala Terengganu merekodkan 39% keluar mengundi.
Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada PRU15, yang diadakan pada November tahun lalu.
Daripada jumlah berkenaan, 97,388 merupakan pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.
Seramai 570 calon, termasuk sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.